Thursday, March 17, 2011

Kekucing

Hi hello bloggers . Dihening malam yang dingin aku nak blog something yang menyentuh segenap jiwa raga aku ni guys . Okay mulanya disini . . .

Alkisah maulidurasul tempat tinggal aku semakin hampir . Tanggalnyaa pada 19 March ni . Then macam biasalah kami sebagai wakil anak anak muda tempat tinggal aku ni akan membuat persembahan nasyid . Nasyid ni every year memang aku dengan member member aku selalu buatlah . And thats the thing we should proudof it . Sebab apa ? Kitaorang tak menggunakan khidmat sesiapa pun untuk melatih kitaorang . But once upon the time aku ingat lagi bila makcik makcik taman sibok nak conduct kitaorang . Hellyeah ! Macam lah kamiorang tak reti nak buat sendiri . Lupakan ! Itu semua sejarah semasa kecilku . Ehhe now kitaorang dah berdikari every year pasti kamiorang muncul dengan macam macam lagu lah (kadang-kadang sampai lagu yang sama dalam dua tahun) . Opsssyy bopsyy terlepas pulak . Ahh let it be siapa ingat ? Haha . Daripada kompang kami buat pulak kacang hijau dalam botol siap dibalut dengan sampul hadiah . Konon konon cover dia . Then maju sikit ada tabla dan kerincing . But this year its a very tecnology . Kami pakai instrumental atau dalam perkataan yang difahami minus one . Hehe amaciam ? Makin maju bukan ? Boleh la .

Then itu sedikit sejarah dari nasyid kitorang lah . By the way aku tak join pun this year . Aku ditugaskan untuk menjaga PA sistem . Har har just jaga minus one apalah sangatkan ? Picit picit jea main lah lagu .

Maaf maaf ! Terlari dari title sebenar . Nampak tak title tu ? Rasa rasa pasal apa ? Macam paham paham jea kan ? Okay lah . This year balai raya tempat tinggal aku di pilih sebagai lokasi practise oleh bebudak ni . Then setiap malam lah kamiorang dekat situ . Lagipun ada suis so boleh la cocok Lappy dekat situh . Then masa malam tadi aku datang di jemput oleh azwan dan sampai jea aku tengok mizan tengah bergurau dengan seekor binatang ciptaan tuhan yang diberi nama Kucing . Okay bukan sebarang kucing lah kan . Anak kucing okay ! Aku kesian sangat dekat anak kucing tu . Dia seperti kehilangan ibu dia . Bukan ibu dia mati ke apa . Aku sure kucing tu sesat atau ada orang yang buang dia dekat situh . Sangat kesian . Kalau lah rumah aku takda kucing kan memang confirm aku bawak kucing tu balik . But then rumah aku belambak siaa kucing . Yang ada ni pun aku nak hapuskan sebab menyusahkan orang . Jenis kucing yang tak bersyukur . Makan dapat tempat tinggal ada . Segalanya ! Tapi biadapkan . Okay according to anak kucing tu . Hmm kesian sangat . Dia macam dahagakan susu . Aku tengok perot dia kempis . Habis semua orang dia nak bermanja . Semua dekat situh suruh aku bawak balik ! Lemak ah ! Mentang mentang aku pembela kucing . Ingat rumah aku tempat pembuangan kucing ? Dah la mak bapak aku ni jenis cepat kesian . DUSHH ==' .

Lastly aku decide suruh apis jaga . Tapi just bawak makanan jea untuk anak kucing tu . Kebetulan rumah apis depan balai raya so apis aku harap kau take care off anak kucing tu . Kita sebagai manusia kalau bersifat baik terhadap binatang maka murah la rezki yang dilimpah ruahkan ! So itu jea la kisah disebalik anak kucing tu .

Berkata dalam hati
Hmm kesian anak kucing tu .
Macam mana la dia hadapi malam tanpa ibu di sisi .
Sorang sorang dekat balai raya .
Sejuk lagi .
Mata dah la sakit .



Nota Hailmi :
Mii kau berbual anak kucing tu macam manusia jea . Haha . Sah gila ! K bye


TerimaKasihDaunKeladi.SenangSenangJengahLagi

No comments:

Post a Comment

segala benda dalam ni adalah hasil kerja hailmi mernado